weLcome to Candy Rock

Friday, May 3, 2013

interview USM

okay, so here's the story. Alhamdulillah, UNEXPECTEDLY, aku dapat interview dekat USM Kubang Kerian, Kelantan. okay lagi. Baca lagi, course Doktor Pergigian a.k.a Dentistry. Terkejut & excited gilaaaa! Hari tu, beli no pin pun 4 hari sebelum dateline untuk isi form USM tu. Ni pun sebab family paksa. Aku memang nak sangat-sangat USM Dentistry ni, tapi malas nak apply sebab no pin mahal (RM40) lol, then pointer sem 1 aku macam biasa-biasa je la. Jauh dari 4 flat tu, so tak berharap langsung. Masa isi borang tu pun, "hmm isi je la, mana la tahu rezeki Allah". Tu je aku fikir, tapi serius tak letak harapan tinggi pun. Tup tup, dapat text suruh aku check online. Unbelievable, dapat 1st choice. Bunyi je pintu rumah bukak, terus serbu, bagitau mak pasal interview ni. Mak kemain excited, dia nak sangatsangat anak dia ni dapat USM Kelantan tu, sebab dekat dengan rumah. Katanya, kalau dapat tiap-tiap minggu dia suruh balik -_- Nenek, Ayah aku semua excited, melebihi aku mungkin? haha. tapi takut jugak, sebab aku rasa kalau pergi interview pun harapan tipis gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! yelahh pointer hmm rendah..okayy la aku cakap, jangan gelak! haha 3.53 T_T rasa macam tak deserve je untuk dentistry USM. Kadang-kadang ada terfikir, maybe USM tersilap pilih. Hmm biarlah, ni rezeki Allah bagi. Jangan lepaskan peluang & rezeki depan mata. Apa yang aku boleh buat sekarang, usaha, do the best untuk interview, doa agar interviewer tu lembut hati & tawakal. Kalau jodoh aku belajar dekat USM, I'm sure Allah will ease everything for me, amin. Thanks, syukur sangat-sangat, Alhamdulillah ke hadrat Illahi sebab bagi peluang yang aku rasa impossible ni.



anyhoooo~

Disebabkan rasa excited yang tak dapat dibendung ni, terus tanya abang google pasal USM, dentistry, cari blog-blog senior & pengalaman diorang masa interview ni. Banyak la jugak blog yang aku jumpa. Tapi yang paling best, blog Kak Waa Rossly , 2nd year dental student dekat USM tu. Entries dia serius semua best, mostly pasal life dia & dentistry of course. Sebelum baca blog dia, baca blog seniors lain, rasa down sebab gaya diorang explain macam scary gila interview ni. Kick out on spot la, apa lahh. Rasa macam asdfghjkl! Tapi googled lagi, jumpa entry Interview Dentistry USM . Sesiapa yang baca entry ni, and Alhamdulillah nasib macam aku, dapat iv USM, korang harus baca. and jugak entries sebelum-sebelum ni. Just nak share info berguna ni. 

Banyak lagi pasal USM sebagai Universiti Apex first dekat Malaysia, kolej dia, fakulti dia tu semua. Tapi tu semua bakal di explain kalau aku berjaya interview ni & dapat tawaran sambung degree dentistry dekat sana. Kalau ada next entry pasal USM, tu maksudnya aku berjaya laa, kehkehkeh.. AMIN! Yeah, budak 3.53 nak compete dengan 4 flat, 3.9? Susah, tapi tak mustahil. Insya Allah, kalau Allah izin, kalau rezeki aku dekat situ, kalau rezeki aku jadi dentist, dapat la jadi student USM. Amin ya rabbal a'lamin. 

insya Allah, I'm gonna be one of them (tapi pakai tudung la)

btw, kepada yang apply USM tapi tak dapat interview, no worry. UPU ada. Mana la tahu, korang dapat UM? Dapat study oversea? tu semua rezeki. Allah knows the best, just keep that in mind :)

sekali lagi, ALHAMDULILLAH!

kbai :)

4 comments:

Gruppled Pointer